Tuesday, December 5, 2006

Taqiyuddin dan Naiza

Sebaran pertama kami ialah perkahwinan diantara Sang Taqiyuddin Bakir dan Si Naiza Adnan. Layari pautan di sebelah untuk ke laman mereka.

Sunday, December 3, 2006

Salam perkenalan

Salam perkenalan untuk semua! Dan Selamat Datang ke laman web yang masih baru ini. Agaknya mungkin sebab itulah designer laman ini menggunakan warna hijau sebagai motif hiasan. Hijau menandakan sesuatu yang segar, baru dan mentah. Tapi tak mengapa, kerana hijau juga melambangkan sesuatu yang kerap berubah dan berkembang. Evolusi mengikuti cabaran dan halangan.

Cukup dengan falsafah, mari kita dengar pula akan tujuan dan objektif laman ini. Objektif laman ini mudah sahaja, kami ingin menggunakan laman ini sebagai platform untuk meluaskan penggunaan internet sebagai suatu medium penyabaran maklumat. Tapi bukan sekadar maklumat sahaja, maklumat kami dilapik dengan emosi, nilai nilai estetika dan juga seni yang halus.

Moga moga usaha kami ini dapat mempertingkatkan intimasi diantara mereka yang menyebarkan dan juga menerima khabar berita.

Akhir kata, kami ingin memohon maaf kerana laman ini masih lagi dalam proses pembikinan. Masih lagi banyak perkara yang perlu di-update dan di-upgrade. Sangat banyak. Tapi tak mengapa, tiada ciptaan manusia yang sempurna. Tapi kita boleh berusaha kearah kesempurnaan, dan sememangnya usaha kita itu akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Tidak sia sia. Bak kata orang "It's the journey that counts".

Nantikan perubahan dan evolusi laman ini ya. Masih perlu letak lebih informasi dan juga cara yang lebih efisyen untuk tetamu berinteraksi dengan kami. Kami suka feedback!

Bercakap tentang feed, mungkin laman ini patut ada RSS feed atau yang sewaktu dengannya. hmm... masuk idea tank.